Monday, August 11, 2008

Konsep Kerasulan

Nabi:
  • Diberi wahyu untuk dirinya.
  • Bilangan nabi terlalu ramai sehingga 124,000 orang.
  • Seorang nabi tidak semestinya rasul.
  • Kitab tidak diturunkan kepada para nabi.
  • Tidak wajib mengetahui bilangan dan nama nabi.

Rasul:

  • Diberi wahyu untuk dirinya dan disampaikan kepada kaumnya.
  • Bilangannya seramai 313 orang.
  • Setiap Rasul ialah seorang nabi.
  • Rasul menerima kitab dan suhuf untuk disampai kepada umatnya.
  • Diwajibkan mengetahui bilangan dan nama 25 orang rasul.

Tuesday, July 1, 2008

Perbezaan Antara Beragama dan Tidak Beragama

BERAGAMA:

  • Sentiasa reda dengan ketentuan daripada Allah S.W.T
  • Melakukan sesuatu dengan ikhlas untuk memperoleh ganjaran daripada Allah S.W.T
  • Bersyukur dengan nikmat yang dimiliki dengan cara memanfaatkannya ke jalan Allah S.W.T seperti bersedekah.
  • Memiliki jiwa yang mantap dan teguh di atas prinsip kebenaran.
  • Memiliki kesempurnaan akhlak,menghormati rakan dan tidak cinta dunia.

TIDAK BERAGAMA:

  • Berasa keluh-kesah,kecewa,putus asa dan akhirnya melakukan kemudaratan kepada diri.
  • Melakukan sesuatu untuk kepentingan diri dan mengharapkan pujian serta sanjungan daripada manusia.
  • Ingkar dengan ketentuan Allah S.W.T .Segala nikmat yang dimiliki hanya untuk kepentingan diri sendiri dan ke arah maksiat.
  • Mudah terpengaruh dengan unsur-unsur yang merosakkan.
  • Berakhlak buruk,suka menimbulkan kekacauan,dan bermatlamatkan kehidupan di dunia sahaja.

Monday, June 30, 2008

Fitrah Beragama

Fitrah bermaksud "sifat semulajadi"-fitrah beragama adalah naluri semulajadi manusia yang mengakui adanya Allah S.W.T.Ia mendorong akal berfikir tentang hakikat ketuhanan.
"Dan sesungguhnya jika engkau ( wahai Muhammad ) bertanya kepada mereka ( yang musyrik) itu;Siapakah yang menurunkan hujan dari Langit,lalu Ia hidupkan dengannya tumbuh-tumbuhan di bumi sesudah matinya?Sudah tentu mereka akan menjawab "Allah".
( surah al-Ankabut:ayat 63)
"Dan ingatlah ketika Nabi Ibrahim berkata kepda bapanya Azr:Patutkah ayah menjadikan berhala-berhala sebagai tuhan-tuhan?Sesungguhnya aku melihatmu dan kaummu dalam kesesatan yang nyata.( Surah al-Nam,6:ayat 74)

Monday, June 16, 2008

Bab 1:Ketuhanan

RUBUBIYYAH
  • Bermaksud keyakinan (iktikad) dalam hati secara mutlak bahawa Allah S.W.T mentadbir semua benda dan perkara.
  • Allah memiliki,menurunkan rezeki,mencipta dan mentadbir alam dan seluruh makhlukNya.
  • Pemilik segala-galanya,berkuasa memberi sesuatu mengikut kehendakNya.

ULUHIYYAH

  • Mengakui hanya Allah yang esa dan layak disembah,ditaati,dipatuhi secara mutlak.
  • Paksi utama Uluhiyyah ialah Kalimah Syahadah.
  • Manusia menjadi syirik kerana:
  1. Menyeleweng dalam tauhid Uluhiyyah.
  2. Menyengutukan Allah.
  3. Meminta perlindungan selain dari Allah.
  4. Tidak ikhlas kepada Allah dalam melakukan sesuatu kerja.

ASMA'WA SIFAT.

  • Meyakini bahawa Allah memiliki nama-nama yang indah dan mulia(99 nama).
  • Allah memiliki 41 sifat=20 sifat wajib + 20 sifat mustahil + 1 sifat harus.
  • Cara beriman dengan tauhid asma'wa sifat ialah dengan dalil Ijmali dan dalil tafsili:
  1. Ijmali=Berkeyakinan bahawa Allah bersifat dengan segala sifat kesempurnaan dan bersih dari segala sifat kekurangan dan sifat yang tidak layak dengan keagungan dan kebesaranNya.
  2. Tafsili=Beriman dengan segala nama dan sifat Allah yang khusus dan terperinci.

TASAWWUR ISLAM TINGKATAN 4

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pelajar di mana sahaja anda belajar.Tahniah dan terima kasih kerana anda menggunakan blog ini untuk menambah maklumat dan pelajaran Tasawwur khususnya untuk pelajar-pelajar tingkatan 4 dan tingkatan 5.Saya amat berharap pelajar-pelajar sekelian memberi respon dan soalan-soalan sekiranya anda tidak faham tentang maklumat yang terdapat di dalamnya.Pada peringkat awal ini saya akan memberi fokus kepada pelajaran tingkatan 4 sekolah menengah kebangsaan.Segalanya adalah percuma untuk anda baca dan ambil manfaat darinya.InsyaAllah saya akan mengirimkan soalan-soalan terkini jika anda mahu anda boleh email terus kepada saya utz_sufi@yahoo.com
SELAMAT MAJU JAYA.
Teruskan melayari,kerana saya mungkin tidak dapat memasukkan isi pelajaran secara serentak dan saya berharap anda meneroka blog ini.

Soalan Tugasan Masa Cuti Tasawwur Islam Ting:4 (Kertas 1:Bhg:B)

Soalan struktur:
1..............................merupakan sumber ilmu pengetahuan yang penting dalam Islam dan sumber kedua bagi........................Islam.
2.Hadis datang daripada Rasulullah S.A.W sama ada berupa perkataan,..........................dan.............................baginda.
3.Muslim yang sentiasa berpegang dengan cara hidup islam yang sempurna akan menjadi muslim yang...........................dan................................
4.Ajaran Islam adalah merangkumi pelbagai aspek termasuk sosial,....................................,politik dan..............................
5.Islam amat mengutamakan.............................iaitu menyembah Allah S.W.T yang Maha Esa.
6.Hadis berperanan sebagai............................akal disebabkan kemampuan akal yang terbatas.