Konsep Kerasulan
Nabi:
- Diberi wahyu untuk dirinya.
- Bilangan nabi terlalu ramai sehingga 124,000 orang.
- Seorang nabi tidak semestinya rasul.
- Kitab tidak diturunkan kepada para nabi.
- Tidak wajib mengetahui bilangan dan nama nabi.
Rasul:
- Diberi wahyu untuk dirinya dan disampaikan kepada kaumnya.
- Bilangannya seramai 313 orang.
- Setiap Rasul ialah seorang nabi.
- Rasul menerima kitab dan suhuf untuk disampai kepada umatnya.
- Diwajibkan mengetahui bilangan dan nama 25 orang rasul.
SOALAN-SOALAN RAMALAN DAN LATIHAN
Kami turut menyediakan soalan-soalan latihan yang berkualiti serta soalan-soalan ramalan.Sekiranya anda berminat sila hubungi kami melalui email myjutawangaharu@gmail.com . JANGAN LEPASKAN PELUANG INI.
Ujian Julai
Soalan Subjektif:
1.Mengapa ilmu Allah S.W.T tidak boleh disamakan dengan ilmu Manusia?
2.Nyakan dua sumber utama bagi ilmu pengetahuan?
3.Apa maksud Azali?
4.Senaraikan empat nama lain bagi kitab Al-Quran?
5.Apakah akhibatnya jika para cerdik pandai dan ilmuan tidak mengabdikan diri kepada Allah S.W.T?
6.Jelaskan perbezaan antara ilmu farhu ain dengan ilmu fardu kifayah serta nyatakan contoh-contohnya?
7.Terangkan dua kepentingan ilmu kifayah kepada seseorang muslim?
8.Jelaskan dua ciri akal menurut ajaran islam?
9.Terangkan dua peranan yang dapat dimainkan oleh akal bagi membina sesebuah tamadu manusia?
10.Jelaskan dua perbezaan antara perbuatan manusia berlandaskan wahyu dengan perbuatan yang berlandaskan akal fikiran?
Ujian
UJIAN BULAN JULAI 2008.
MATA PELAJARAN:TASAWWUR ISLAM .
TINGKATAN:5
Nama Pelajar:…………………………………………………….
Tingkatan:………………..
Jawab semua soalan yang diberikan.
1.Tujuan Allah S.W.T mencipta manusia ialah untuk beribadat kepadaNya.
a)Terangkan maksud ibadat.
Dari segi bahasa ibadat bermaksud merendah diri,taat ,
tunduk dan patuh.
Dari segi istilah syarak,ibadat bermaksud pengabdian diri kepada Allah S.W.T melalui perbuatan,perkataan dan pengakuan hati yang berlandaskan syariat Allah serta mengakui dan meyakini bahawa Allah sahaja yang layak menjadi tumpuan segala ketaatan.
b)Jelaskan cirri-ciri ibadat dalam islam.
c)Mengapakah Allah S.W.T memerintahkan manusia supaya beribadat.kepada Nya?.
2.Ibadat dalam Islam terbahagi dua iaitu ibadat Khusus dan ibadat Umum.
a)Terangkan maksud ibadat Khusus dan ibadat Umum beserta dengan contohnya.
b)Jelaskan perbezaan antara ibadat Khusus dan ibadat Umum.
3.Perundangan berperanan mengatur perhubungan dan menghukum sesiapa yang menyeleweng.
a)Nyatakan peranan perundangan terhadap orang yang melakukan ibadat.
b)Terangkan cara perundangan menjelaskan cara-cara beribadat.
4.Ibadat yang sempurna akan diterima dan diredhoi Allah S.W.T.
a)Huraikan cirri-ciri ibadat yang sempurna.
b)Mengapakah ibadat yang tidak sempurna tidak diterima oleh Allah S.W.T.
5.Ibadat yang dilakukan seseorang mestilah berdasarkan syariat yang telah ditetapkan oleh Allah S.W.T.
a)Jelaskan kesan perlembagaan ibadat tanpa syariat.
b)Huraikan kesan perlaksanaan syariat tanpa ibadat.
6.Seseorang lelaki yang enggan berkahwin boleh mendatangkan kemudaratan.
a)Mengapakah sikap seperti ini boleh mendatangkan keburukan?.
b)Nyatakan kepentingan perkahwinan kepada manusia.
7.Islam menghendaki penyatuan antara lelaki dan perempuan melalui ikatan perkahwinan yang sah.
a)Terangkan bagaimanakah perkahwinan dapat memelihara akhlak seseorang manusia.
b)Jelaskan cara-cara untuk menyelamatkan diri daripada tergelincir ke lembah penzinaan.
c)Bagaimanakah sesuatu perkahwinan itu menjadi ibadat.
8.Islam menuntut manusia supaya memelihara keturunan mereka untuk tujuan tertentu.
a)Jelaskan tujuan tersebut.
b)Huraikan kesan-kesan perkahwinan terhadap nasab manusia.
9.Islam menuntut umatnya supaya memelihara diri dan ahli keluarganya daripada api neraka.
a)Mengapakah tuntutan tersebut perlu dilaksanakan.
b)Terangkan factor-faktor anak durhaka kepada ibubapa.
c)Cadangkan cara-cara mendidik ahli keluarga supaya terbentuk keluarga bahagia.
10.Allah S.W.T amat benci kepada penceraian walaupun perbuatan itu halal.
a)Terangkan hikmat Islam mengharuskan perceraian.
b)Nyatakan cadangan anda untuk mengurangkan kadar perceraian dikalangan umat islam.
Soalan Tugasan Masa Cuti Tasawwur Islam Ting:4 (Kertas 1:Bhg:B)
Soalan struktur:
1..............................merupakan sumber ilmu pengetahuan yang penting dalam Islam dan sumber kedua bagi........................Islam.
2.Hadis datang daripada Rasulullah S.A.W sama ada berupa perkataan,..........................dan.............................baginda.
3.Muslim yang sentiasa berpegang dengan cara hidup islam yang sempurna akan menjadi muslim yang...........................dan................................
4.Ajaran Islam adalah merangkumi pelbagai aspek termasuk sosial,....................................,politik dan..............................
5.Islam amat mengutamakan.............................iaitu menyembah Allah S.W.T yang Maha Esa.
6.Hadis berperanan sebagai............................akal disebabkan kemampuan akal yang terbatas.
No comments:
Post a Comment